Powered by Blogger.

kemalangan maut di Jalan Kinabenua

Posted by labuan | 5:31 PM


LABUAN - Pada 23 Mei 2013 jam lebih kurang 10.25 malam, 1 kemalangan maut di Jalan Kinabenua melibatkan mangsa seorang wanita Melayu penunggang motorsikal jenis Modenas Kriss, berusia 28 tahun yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya ke Kg.Sg.Lada, telah dilanggar dari belakang oleh sebuah motokar jenis Toyota Vios yang dipandu oleh satu lelaki bangsa Cina yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Saspek yang berusia 26 tahun telah menyerah diri ke balai polis berhampiran dan ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Sek.44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM10,000.00 kerana memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan kematian.



Supt.Adzhar bin Othman, Ketua Polis Daerah Labuan turut mengingatkan agar pengguna-pengguna jalanraya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol lebih-lebih ketika menyambut sesuatu perayaan. Mereka yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol boleh dituduh di mahkamah di bawah Sek.45(a)(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda antara RM1,000 hingga RM6,000 dan penjara tidak melebihi daripada 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...