Powered by Blogger.

STAR LETAK CALON PATI DI KALABAKAN?

Posted by labuan | 1:48 AM




SAYA adalah pengundi di Parlimen P.191 Kalabakan. Mengambilkira perkembangan mutakhir politik di kawasan di mana saya akan membuang undi, saya tertarik untuk berkongsi pengetahuan berkenaan satu pendedahan mengenai calon STAR, Melvin Reyes yang bertanding di P.191 Kalabakan.

Untuk makluman anda Melvin Reyes @ Abd. Kahar Tan merupakan Ketua Bahagian STAR Kalabakan yang juga Presiden Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS).
Selepas berjumpa dengan salah seorang adik perempuan Melvin Reyes iaitu yang dikenali sebagai Jane Reyes, beliau mengakui bahawa kesemua adik-beradik mereka berketurunan ‘Filipina’ atau tertulis keturunan ‘Filipino’ pada surat lahir.
Jadi, bagaimana secara tiba-tiba Melvin Reyes @ Abd. Kahar Tan mengaku berbangsa ‘Suluk’ dan menjadi Presiden sebuah persatuan berteraskan etnik Suluk?

Mungkinkah calon STAR tersebut memalsukan maklumat peribadi beliau? Atau mungkinkah juga beliau turut memalsukan salinan ‘Sijil Rendah Pelajaran’ (SRP) beliau? Jika kesemua perkara ini benar-benar berlaku, saya minta pengundi di Parlimen P.191 Kalabakan berfikir jutaan kali sebelum memberikan undi kepada individu yang tidak jujur dan penipu.

Janganlah tertipu dengan seorang yang mungkin boleh dikaitkan dengan Siasatan RCI berkenaan Pendatang Tanpa Izin dan Penyelewengan Kad Pengenalan di Sabah yang bercita-cita menjadi jaguh kepada parti STAR di Kalabakan.

Barangkali juga Datuk Dr Jeffry Kitingan perlu membuat siasatan dalaman agar parti yang memperjuangkan Hak Pribumi Sabah tidak dirosakkan atau bersekongkol dengan orang yang dicurigai identitinya.

Salam Hormat,

DARAH MERAH KALABAKAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...