Powered by Blogger.

Cari Bukti di dalam gambar ini.

Posted by labuan | 1:18 AM

Pada suatu hari , seorang lelaki telah balik dari kerja luar negara beberapa hari....selepas dia pulang dari kerja, dia melihat isteri yang cantik itu sedang menunggunya di dalam bilik...dan lalu dia mengambil gambar menggunakan iphonenya... ini disebabkan dia terlalu gembira apabila melihat isteri yang cantik itu sedang menunggu kepulangannya.

 Tetapi beberapa hari kemudian, beliau telah membunuh isterinya, dan gambar yang diambil pada hari itu adalah penyebab utama dia membunuh isterinya. 

Polis telah menahan lelaki tersebut dan membuat siasatan terhadap gambar tersebut... lelaki itu berkata mengapa dia membunuh isterinya kerana isterinya menipu dia!

Hakim bertanya kepadanya, adakah anda mempunyai apa-apa bukti bahawa isterinya menipu dia? Lelaki keluarkan gambar dan berkata semua bukti berada di dalam gambar ini!


"Alien" creature mystery solved in South Africa

Posted by labuan | 7:37 PM


A close-up view of the baby baboon that baffled locals in South Africa, who initially thought the mysterious reature was an alien.

Locals in South Africa were baffled when Llewellyn Dixon, a national park ranger, discovered what appeared to be the body of an alien creature lying in the grass. The mystery was solved when a local veterinarian performed an autopsy, identifying the creature as a baby baboon. Photos from Llewellyn Dixon


A man measueres the mysterious creature's wingspan using a tape measure. The creature was later identified as a baby baboon.

The body of a baby baboon, which initially baffled locals in South Africa, is pictured as it's sprawled out on the grass.
A close-up view of the baby baboon that baffled locals in South Africa, who initially thought the mysterious reature was an alien.





Lelaki Filipina ditemui mati tergantung

Posted by labuan | 5:42 PM

Lelaki Filipina ditemui mati tergantung

LABUAN: Seorang lelaki warga Filipina, Hendaw Eddie Mantang berumur 33 tahun telah ditemui mati dalam keadaan tergantung di bawah sebatang pokok di kawasan semak Tanjung Purun di sini.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Adzhar Othman kelmarin berkata mayat mangsa telah ditemui oleh seorang penduduk yang telah membuat laporan polis pada Isnin lalu jam 4.45 petang.
“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang terlibat dalam kejadian itu.
 Mangsa dipercayai telah menggantung diri lebih kurang seminggu yang lepas.

“Rakan rumah mangsa memaklumkan kepada pihak polis bahawa si mati mempunyai banyak masalah dan sering kali termenung,” katanya dan menambah, mangsa bekerja sebagai buruh dan telah pun berkahwin.

Adzhar berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat berkenaan telah dibawa ke Hospital Labuan untuk bedah kelmarin.



Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/21/lelaki-filipina-ditemui-mati-tergantung/#ixzz2UGDWTEsY

365 keping saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan motosikal

Posted by labuan | 5:35 PM




LABUAN: Sejumlah 365 keping saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan motosikal untuk pelbagai kesalahan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata saman itu dikeluarkan sempena operasi bersepadu antara polis trafik Labuan dan Sabah.

“Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan ialah tiada lesen memandu, tidak membawa lesen, tidak memakai tali pinggang keselamatan, membuat pusingan ‘U’ ditempat yang salah, membawa muatan berlebihan dan sebagainya.

“Bagi penunggang motosikal, sebanyak 49 keping saman telah dikeluarkan kepada mereka yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

“Contoh kesalahan yang mereka lakukan ialah seperti tiada lesen memandu, tidak membawa lesen, lesen tamat tempoh dan kesalahan nombor plat yang tidak mengikuti peraturan,” katanya.
Dalam operasi tiga hari itu, sejumlah 891 buah kereta pelbagai jenis dan 183 buah motosikal telah diperiksa.
Adzhar berkata, operasi mabuk untuk mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol turut dijalankan dalam tempoh operasi itu.

“Enam orang pemandu telah diperiksa dan seramai lima pemandu telah dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol yang telah melebihi had 80mg dalam darah,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu merupakan operasi rutin dalam penguatkuasaan trafik dengan mengambil kira sambutan Pesta Kaamatan yang bakal disambut pada hujung bulan Mei ini dan Hari Gawai pada awal bulan Jun pada setiap tahun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...