Powered by Blogger.

365 keping saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan motosikal

Posted by labuan | 5:35 PM




LABUAN: Sejumlah 365 keping saman telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan motosikal untuk pelbagai kesalahan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata saman itu dikeluarkan sempena operasi bersepadu antara polis trafik Labuan dan Sabah.

“Antara kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan ialah tiada lesen memandu, tidak membawa lesen, tidak memakai tali pinggang keselamatan, membuat pusingan ‘U’ ditempat yang salah, membawa muatan berlebihan dan sebagainya.

“Bagi penunggang motosikal, sebanyak 49 keping saman telah dikeluarkan kepada mereka yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

“Contoh kesalahan yang mereka lakukan ialah seperti tiada lesen memandu, tidak membawa lesen, lesen tamat tempoh dan kesalahan nombor plat yang tidak mengikuti peraturan,” katanya.
Dalam operasi tiga hari itu, sejumlah 891 buah kereta pelbagai jenis dan 183 buah motosikal telah diperiksa.
Adzhar berkata, operasi mabuk untuk mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol turut dijalankan dalam tempoh operasi itu.

“Enam orang pemandu telah diperiksa dan seramai lima pemandu telah dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol yang telah melebihi had 80mg dalam darah,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu merupakan operasi rutin dalam penguatkuasaan trafik dengan mengambil kira sambutan Pesta Kaamatan yang bakal disambut pada hujung bulan Mei ini dan Hari Gawai pada awal bulan Jun pada setiap tahun.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...