Powered by Blogger.

Lelaki Filipina ditemui mati tergantung

Posted by labuan | 5:42 PM

Lelaki Filipina ditemui mati tergantung

LABUAN: Seorang lelaki warga Filipina, Hendaw Eddie Mantang berumur 33 tahun telah ditemui mati dalam keadaan tergantung di bawah sebatang pokok di kawasan semak Tanjung Purun di sini.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Adzhar Othman kelmarin berkata mayat mangsa telah ditemui oleh seorang penduduk yang telah membuat laporan polis pada Isnin lalu jam 4.45 petang.
“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang terlibat dalam kejadian itu.
 Mangsa dipercayai telah menggantung diri lebih kurang seminggu yang lepas.

“Rakan rumah mangsa memaklumkan kepada pihak polis bahawa si mati mempunyai banyak masalah dan sering kali termenung,” katanya dan menambah, mangsa bekerja sebagai buruh dan telah pun berkahwin.

Adzhar berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Mayat berkenaan telah dibawa ke Hospital Labuan untuk bedah kelmarin.



Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/21/lelaki-filipina-ditemui-mati-tergantung/#ixzz2UGDWTEsY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...