Powered by Blogger.

ORANG ISLAM TIADA HAK PILIH AGAMA

Posted by Labuan Kini | 1:52 PM

ORANG ISLAM TIADA HAK PILIH AGAMA






BEKAS Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".

Sedangkan, Surah Al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.
"Tafsiran itu bermaksud, selagi mana sesorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim tiada hak sedikitpun untuk memaksa dia memeluk Islam.

"Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan akidah, syariah dan akhlak, kita tidak ada hak untuk memilih.

"Hak kita hanya 'kami dengar dan kami taat' sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, kelmarin.

Oleh itu, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan sekiranya tidak bermaksud bahawa kenyataannya adalah berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu Islam.

Sekiranya tidak, Naib Presiden PKR itu perlu menarik balik kenyataannya, kata Nasha seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Beliau turut membidas pemimpin PAS yang mempertahankan Nurul Izzah dengan hujah bahawa pemimpin berkenaan tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.

Nasharudin juga menggesa pemimpin tertinggi PAS untuk mengeluarkan kenyataan memandangkan terdapat anggota parti yang tidak selesa dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Mereka tunggu kenyataan pemimpin tertinggi sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...