Powered by Blogger.

IMM13, PINTU WARGANEGARA SONGSANG II IMM13, PINTU WARGANEGARA SONGSANG II

Posted by labuan | 3:42 PM

Oleh : MUTALIB M.D
KATA Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; “Ada orang bertanya saya, sampai bilakah kita hendak menanggung mereka (pemegang dokumen IMM13) ?. Saya katakan, selagi negara mereka tidak aman, mereka akan dibenarkan meneruskan kehidupan di negara ini.”
Sehubungan itu, nasib 65,000 pelarian perang Filipina yang datang ke Sabah sekitar 1970-an semakin terbela apabila Kerajaan Negeri Sabah di era Datuk Seri Panglima Osu Sukam menjadi Ketua Menteri kerana Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah telah sebulat suara memutuskan untuk memberikan taraf ‘Penduduk Tetap’ (PR) kepada pelarian perang berkenaan.
Mengikut maklumat yang saya terima daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) hanya terdapat 65,000 pelarian perang di Sabah, namun jumlahnya kini bertambah secara mendadak sehingga hampir 750,000 orang, tidak termasuk yang masih dalam proses permohonan atau yang baru tiba dan mengaku pelarian.
Kerapuhan sistem pemantauan Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri yang ditugaskan untuk menyimpan rekod dan data para pelarian perang dijadikan lombong emas oleh kakitangan unit ini kerana peluang dan ruang tersedia untuk membuat wang dengan hanya membekalkan sekeping kertas pengesahan.
Ramai warga Filipina yang berstatus pendatang asing tanpa izin mengambil kesempatan untuk mendapatkan dokumen pengesahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Unit berkenaan bagi membolehkan mereka bergerak bebas, namun kebanyakannya merupakan dokumen palsu.
Dalam beberapa kes yang dilaporkan kepada saya, Unit Penempatan JKM akan mengklonkan nombor pendaftaran pelarian dengan mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah pemilik sah dokumen tersebut. Namun apabila penama berkenaan tertangkap dalam operasi, mereka menafikan pernah mengeluarkan sebarang surat kepada penama.
Perniagaan mengeluarkan dokumen palsu ini dilakukan secara berleluasa dengan bayaran antara RM300 hingga RM600 mengikut permintaan pasaran.
Apabila PATI berkenaan tertangkap, mereka akan dihantar ke ‘Rumah Merah’ iaitu Pusat Tahanan Sementara (PTS) bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan tapisan.
Keluarga PATI berkenaan akan membawa dokumen yang dikeluarkan oleh Unit Penempatan JKM, namun Jabatan Imigresen tidak akan melayan rayuan mereka untuk membebaskan tahanan kerana dokumen yang dikemukakan adalah palsu ataupun tidak diterima pakai mengikut Akta Keterangan.
Setelah PATI berkenaan mendapat dokumen daripada Kedutaan Filipina, mereka akan dihantar balik ke sempadan Filipina. Lazimnya proses penghantaran balik memerlukan masa antara tiga bulan hingga tiga tahun, bergantung kepada tempoh Kedutaan Filipina memperakukan bahawa PATI berkenaan adalah rakyat Filipina dan memberikan perakuan bertulis sebelum boleh dihantar balik ke negara asal, walaupun tempoh hukuman telah terlalu lama dilampaui.

BUKTI....Dr Jeffrey menunjukkan bukti JKM melindungi PATI dengan mengeluarkan surat pengesahan atau permohonan IMM13 sedang dalam proses rayuan kepada PATI sedangkan mereka bukan pelarian perang sehingga menyebabkan tugas membendung kemasukan PATI tegar menjadi sukar, bagaikan menangkap angin dengan garfu!
Ramai juga PATI ini berjaya memperdaya Jabatan Imigresen dengan surat pengesahan Unit Penempatan sehingga berjaya memiliki IMM13 penama yang telah meninggal dunia, namun memerlukan kos yang agak besar, antara RM2,000 hingga RM10,000.
Mengikut kajian saya, ramai ‘pelarian perang’ ini diberikan kad IMM13 iaitu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen bagi menggantikan IMM20 yang diperkenalkan pada awal 1970-an.
Dua orang tokoh terkenal pemegang IMM20 yang ditulinkan sebagai warganegara Malaysia ialah Komander Robot @ Ghalib Andang dan Mujib Susukan.
Ghalib dan Mujib merupakan pelarian perang daripada Sulu yang diambil bekerja sebagai Pemelihara Ayam Sabung kepada pegawai Imigresen Lahad Datu, Michael Chong @ Zulkarnain Abdullah sebelum melakukan pelbagai kerja selepas mendapat kad pengenalan Malaysia melalui Sindiket Kad Pengenalan Projek Mahathir dan menukar profesinya sebagai Penculik Profesional.




DERHAKA… Komander Robot merupakan salah seorang pelarian perang Filipina yang mendapat kerakyatan negara ini tetapi menderhaka kepada Malaysia apabila terlibat dengan kegiatan penculikan di Sipadan dan Padanan yang akhirnya menemui maut ketika cuba melarikan diri daripada penjara Filipina.

Ghalib dan Mujib muncul sebagai tokoh penculik paling berpengaruh yang terlibat dengan insiden penculikan di Sipadan sehinggalah petualangan mereka dapat ditumpaskan.
Walaupun kebanyakan pelarian perang ini hanya memegang dokumen IMM13, namun mereka diangkat sebagai ‘Warganegara Kelas Pertama’ tanpa kad pengenalan dan diternak sebagai ‘pengundi untuk disewa’ sama ada oleh SPR ataupun UMNO melalui pemberian IC Projek.
Dengan bayaran RM90 setahun, mereka bebas menjelajah ke seluruh Sabah, melakukan apa sahaja kerja daripada pekerja binaan, penjual rokok, penjaja haram, pengedar dadah sehingga kepada pembunuh upahan
.
MISTERI… Kejadian penculikan Pulau Sipadan masih menjadi misteri bagaimana kumpulan Abu Sayyaf ini membawa keluar tawanan tanpa dikesan oleh sistem keselamatan Malaysia yang kononnya canggih. Siapa yang membayar tebusan juga masih menjadi rahsia?.
Senario ini membuatkan IMM13 begitu ‘mahal’ dan semakin menjadi pilihan berbanding pas lawatan sementara (PLKS) yang mengenakan levi yang tinggi bergantung pada sektor pekerjaan.
Mulai 2007, Kerajaan Persekutuan dengan Restu Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan taraf penduduk tetap (PR) kepada pemegang IMM13 ini dan tidak lagi perlu membayar atau memperbaharui dokumen IMM13 mereka kerana telah dikeluarkan mykad bertaraf PR.





 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...