Powered by Blogger.

kemalangan Maut Honda City di Jalan Kampung Durian Tunjung, Tg. Aru WP Labuan 29.5.12

Posted by labuan | 2:27 PM


Kemalangan ngeri di Labuan yang berlaku ini melibatkan sebuah Kereta Honda City berwarna Putih dengan nombor pendaftaran LD 9018. Kereta yang dipandu laju ini telah menghentam sebuah pokok sehingga enjin kereta ini tercampak keluar sejauh 10 meter.

Menurut saksi dari kawasan perumahan berdekatan, kejadian berlaku jam 1 pagi tadi, selepas kedengaran bunyi letupan. Kereta ini melanggar sebatang pokok dalam keadaan sangat laju hingga hentaman itu menyebabkan enjinnya tercampak hampir 10 meter ke hadapan.Batang pokok tersebut masuk hingga ke tempat duduk penumpang.Menurut sumber ini sudah kali ke-3 pokok berkenaan dilanggar oleh kereta dan ini adalah yang paling teruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...