Powered by Blogger.

penguatkuasaan borang Kawalan Pergerakan Kenderaan E21A yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2013 menggantikan penggunaan Kad e-Vis.

Posted by labuan | 5:00 PM



LABUAN: Jabatan Kastan Wilayah Persekutuan Labuan kelmarin mengumumkan semua kenderaan yang berdaftar di Labuan yang belum membayar cukai perlu mengisi Borang Kawalan Pergerakan Kenderaan E21A yang akan berkuatkuasa 1 Januari ini.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Labuan, Wasimin Daiman berkata, penguatkuasaan borang itu adalah bertujuan untuk menggantikan penggunaan Kad e-Vis sejajar dengan arahan Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang membuat arahan supaya kenderaan yang berdaftar di Labuan dan belum membayar cukai untuk keluar ke Kewasan Utama Kastam (KUK) seperti ke Sabah atau Sarawak diwajibkan membuat permohonan pengikraran Borang Kastam1 di bawah Butiran 21A Perintah Duti Kastam (Pengecualian).

“Penguatkuasaan ini adalah bertujuan untuk menguatkuasakan keperluan undang-undang Seksyen 14(1) Akta Kastam 1967 dan perintah Duti Kastam (Pengecualian)1988 para 4 (a), dimana pengenaan pengikraran dokumen Kastam adalah perlu sebagai satu dokumen yang sah di sisi undang-undang disamping untuk menyeragamkan prosedur yang digunapakai di Langkawi” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya kelmarin.

Bagaiamanpun katanya, berikutan desakan dan rungutan oleh masyarakat Labuan yang merasakan terbeban dengan kos yang bakal dikenakan oleh agen penghantaran, pihak jabatan telah menetapkan semua permohonan hanya akan dibuat secara terus ke Pejabat Kastam melalui Unit Feri Kenderaan tanpa sebarang caj bayaran.

“ Pengguna boleh mengemukakan permohonan secara terus ke Pejabat Kastam tanpa sebarang bayaran caj perkhidmatan…. mereka hanya perlu membuat bayaran setem hasil sebanyak RM10.00” katanya.

Tambahnya, bagi memperkemaskan penguatkuasaan undang-undang kepada semua pemilik kenderaan yang berdaftar di Labuan diwajibkan untuk mengemukakan Bon Am jaminan duti sebagai satu aku janji dalam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Katanya, antara syarat itu termasuklah mengisi Borang Keterangan Diri Penjamin untuk kenderaan mewah yang mempunyai nilai duti melebihi RM150,000.00 dan kenderaan yang didaftarkan dengan alamat di luar Labuan.

Selain itu, kenderaan yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran luar Labuan serta kenderaan yang mempunyai rekod buruk (lewat balik) juga diwajibkan untuk mengisi borang Bon Am yang disediakan oleh Jabatan Kastam.

Wasimin berkata, Kastam Labuan akan terus mempertingkatkan operasi untuk mengesan kenderaan yang melanggar syarat di bawah pengecualiaan ini dari masa ke semasa dan mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau kompaun sehingga RM10,000, mingikut Seksyen 138 Akta Kastam 1967.

Beliau turut memaklumkan permohonan untuk pengikraran Borang Kastam 1 itu hanya dibuat sekali dalam setahun untuk memberikan kebenaran kenderaan itu berada di luar Labuan tidak melebihi 90 hari dalam setahun dan bagi mempastikan setiap kenderaan berkenaan kembali ke Labuan mengikut masa yang ditetapkan.

Sebelum ini, Wasimin melahirkan rasa kekecewaan dengan tindakan sebuah akhbar tempatan (bukan New Sabah Times) yang membuat laporan kurang tepat mengenai perlaksanaan semula pengikraran Borang Kastam 1 yang mengenakan bayaran perkhidmatan sehingga RM100 melalui agen-agen penghantaran yang dilantik oleh Kastam.

sumber:
new sabah times
27th December, 2012
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/64891

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...