Powered by Blogger.

73 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi 'Ops Tanduk' di labuan.

Posted by labuan | 7:26 PM


SERAMAI 73 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi dua hari bertujuan membanteras kehadiran pendatang tanpa dokumen sah di pulau ini dan Sabah. Operasi yang bermula pada Khamis dan dikenali sebagai 'Ops Tanduk' itu, diterajui Pasukan Petugas Khas Persekutuan serta bertumpu di kawasan Saguking, Sebor, Kiansam dan Pulau Daat.

Ketua Operasi, ACP Abdul Aziz Alwee berkata kesemua mereka akan ditempatkan di Pusat Tahanan Papar sebelum dihantar pulang ke negara asal.

Mereka adalah sebahagian daripada 878 orang yang diperiksa dengan bantuan agensi penguatkuasaan terdiri daripada Perbadanan Labuan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pasukan itu membuat serbuan di kawasan Projek Petroleum Bersepadu Pulau Daat berharga RM3 bilion dan daripada 275 orang yang diperiksa, 54 telah ditahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...