Powered by Blogger.

DiGi Melancarkan Perkhidmatan Rangkaian 3G Di Labuan

Posted by labuan | 6:46 PM




DiGi terus memperluaskan rangkaian telekomunikasi mereka, dimana hari ini, secara rasminya DiGi melancarkan perkhidmatan 3G mereka di Wilayah Persekutuan Labuan, memperkatakan hampir 65% kawasan berpenduduk di Labuan telah diliputi, sekaligus menjadikan Labuan sebagai lokasi kelima di Sabah yang mendapat rangkaian 3G daripada DiGi.

Buat masa ini, DiGi diperkatakan meliputi hampir 46% penduduk di Sabah, dimana perkhidmatan rangkaian 3G hanya terdapat di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau dan juga Sandakan.

Pada masa yang sama, DiGi turut memperkatakan yang mana permintaan penggunaan data di Sabah turut meningkat akhir-akhir ini, sekaligus memperlihatkan pasaran yang luas disana. Mungkin lebih banyak penyedia telekomunikasi turut sama akan memperluaskan perkhidmatan mereka di sana tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...