Powered by Blogger.

Pelancaran Produk COOP 1Malaysia Oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di Koperasi Rakyat labuan Berhad, Lazenda House Fasa II, Jln Patau-patau, Labuan pada 17 Mei 2012.

Posted by labuan | 7:57 AM



LABUAN: Koperasi Rakyat Labuan (Koral) yang terletak di Lazenda Pasa 2, Jalan Patau-Patau dekat sini dipilih sebagai Pusat Pengedaran Utama (DC) terbaru barangan produk COOP 1Malaysia selain menjadi pusat pengedaran tunggal untuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Pusat yang menjadi pemborong barang-barang keperluan utama dengan jenama COOP 1Malaysia itu telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, pagi kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Daud Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan, Zainul Abidin Abdullah, Pengerusi Ekesekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Md Yusof Samsudin, Pemangku Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, negeri Sabah, Umar Sarim Saidin dan Pengerusi Koperasi Rakyat Labuan, Fauziah Datuk Mohd Din.


Ketika berucap di majlis itu, Ismail berkata produk COOP 1 Malaysia telah diperkenalkan kepada rakyat bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah antara 30 hingga 40 peratus berbanding barangan lain yang terdapat di pasaran.
Ismail berkata dengan adanya, pusat pengedaran barangan COOP 1 Malaysia yang boleh didapati di beberapa premis seperti di Koperasi Pelajaran Labuan (Kopel), pasaraya D’One Mart, Fresh Mart Pertubuhan Peladang dan juga di Kolej Matrikulasi, rakyat Labuan kini boleh menikmati harga barangan yang lebih murah iaitu sama dengan harga barangan COOP yang ditawarkan di Kota Kinabalu dan juga di Semanajung Malaysia.

“Inilah keprihatinan kerajaan yang sentiasa mengambil berat masalah rakyat termasuk maslah rakyat Labuan yang selama ini menghadapi delema mengenai kenaikkan harga barang yang terlalu mahal… dan hari ini kerajaan berjaya menyelasaikan masalah itu dengan membawa masuk barangan produk COOP1 Malaysia menerusi pusat pengedar Koral” katanya.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 45 jenis barangan produk COOP 1 Malaysia berjaya diedarkan dan jumlah itu akan meningkat kepada 70 barangan sebelum Jun dan akan ditambah kepada 120 barangan sebelum menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Koral, Fauziah Datuk Din berkata, perlantikan Koperasi Rakyat Labuan, adalah sejajar dengan hasrat dan tujuan penubuhan Koral itu sendiri untuk mengedar atau menjual barangan keperluan utama dengan harga yang lebih jauh murah, lebih jimat serta kualiti barangan yang dijual sama standing dengan janama lain yang berada di pasaran.


Pada majlis itu, Ismail turut mengumumkan pertambahan peruntukan sebanyak RM134,470.00 kepada Kopel untuk menambah baik dan menaik taraf kemudahan yang terdapat dibangunan Koral.
Beliau juga turut melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dilaksanakan oleh Koperasi Pelajaran Labuan (Kopel) di Jalan Bukit Kalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...