Powered by Blogger.

Kajian Membina Jambatan WP Labuan ke Menumbok

Posted by labuan | 4:36 PM


WP Labuan adalah sebuah pulau yang terletak di Sabah, berdekatan dengan Brunei dan Menumbok (Sabah). Perkakas perhubungan utama ialah melalui Udara dan Laut (Feri kenderaan ke menumbok dan Feri Laju ke Kota Kinabalu)

WP Labuan diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan dalam tahun 1984 dan sejajar dengan statusnya itu dalam tahun 1990, Kerajaan pusat menyedari WP Labuan perlu dibangunkan menjadi sebuah pulau yang maju dan berdaya saing kelak. PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menuntaskan idea bahawa Labuan dijadikan pusat kewangan Luar Pesisir (IOFC) sebagai alat bagi memacu kemajuan serta ekonomi pulau ini. Maka dengan bermodalkan status IOFC tersebut, infrastuktur Labuan dibangunkan termasuklah pembinaan Lapangan Terbang baru, Bangunan Ujana Kewangan dan pelbagai infrastuktur asas dibina dan dinaiktarafkan. 

Pada mulanya perkembangan IOFC yang diselenggara oleh Lofsa amat memberangsangkan walaupun Pulau Labuan jauh ketinggalan dengan pusat kewangan luar pesisir lain seperti Hong-Kong, Bermuda atau Singapura. Walaupun terdapat banyak kelompangan dari segi kempen dan persepsi pelabur luar terhadap IOFC labuan, Kerajaan terus menyokong padu status pulau ini sebagai IOFC, hasilnya kerajaan menyuntik lagi dana berjuta ringgit untuk memakmurkan ekonomi Labuan. Laporan Labuan Economic Development Plan 1998-2015 menyatakan bahawa pelbagai infrastuktur perlu dinaiktaraf bagi menopang sektor ekonomi Labuan, apa yang pasti Lapangan Terbang baru perlu dibina diatas tanah yang ditambak dan keperluan untuk membina jambatan menghubungkan Labuan-Menumbok perlu dipertimbangkan. Boleh dikatakan laopran tersebut terlalu idealistik.


1998-2008
Industri Minyak dan gas menyaksikan peningkatan mendadak dalam sektor perekonomian Labuan apabila secara pantas ianya menduduki tempat pertama dalam peratusan aktiviti ekonomi Labuan iaitu sebanyak 58% (PL, 2003) berbanding dengan sektor IOFC.

Disisi lain pula, pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membina jambatan kedua menhubungkan Pulau Pinang dan Tanah besar semenanjung Malaysia. Walaupun rata-ratanya penduduk Labuan terkejut dan kurang berpuashati terhadap pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang ini, disudut yang lain mereka juga berharap Kerajaan mempunyai dana yang lebih bagi membina satu lagi jambatan di Pulau Labuan dalam Rancangan Malaysia ke-10

Dalam tahun 2007 semasa pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau mencadangkan bahawa satu rancangan akan dipertimbangkan bagi membina Jambatan menghubungkan WP Labuan dengan Menumbok (Sabah) ianya bagi memacu projek Hab Halal yang sedang dibangunkan di pulau ini. PM juga telah memberitahu media bahawa satu pilot research akan dijalankan oleh sekumpulan jurutera dan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (Kampus Induk KK) dengan biaya RM 5 Juta yang disumbangkan oleh kerajaan pusat.



 2009-2010 (Ultimatum kegagalan jambatan Labuan)
hari-hari terakhir pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan secara jelas harapan bahawa jambatan Labuan akan direalisasikan kelak, walaupun kerajaan telah bersetuju bagi membina jambatan kedua Pulau Pinang. Media Massa pula ditahun 2009 memang menjadikan isu pembinaan jambatan ini sebagai akan berlaku dan tiada masalah, jika dilihat daripada laporan media semuanya menjurus kepada lampu hijau.


Tahun 2010 merupakan titik tolak kepada ultimatum pemberhentian projek jambatan Labuan. Selepas sahaja sambutan hari Wilayah pada 1 Febuari 2010 Kepemimpinan tertinggi kerajaan ketika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok tersebut tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat, infrastuktur sedia ada cukup bagi menampung kapasiti permintaan dan buat masa ini belum ada keperluan mendesak untuk membina jambatan.

Oleh yang demikian, Projek jambatan Labuan-Menumbuk secara rasminya telah dimatikan atau ditutup pada tahun 2010.  



Menjadi harapan penduduk Labuan dan tanah besar Sabah agar Jambatan ini akan terbina.  Sekiranya Barisan Nasional masih ingin menang dalam PR-13, BN harus menunaikan janji mereka kepada penduduk labuan untuk membina jambatan labuan ke menumbuk. Namun begitu ini semua amat bergantung kepada suara pemimpin tertinggi di Labuan dan Sabah, terutamanya pemimpin politik dan NGO's.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...