Powered by Blogger.

JAMBATAN LABUAN KINI RM2 BILLION?

Posted by labuan | 3:07 PM



KOS asal pembinaan Jambatan Labuan sejumlah RM700 juta kini meningkat kepada RM 2 billion, tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana Smart Tunnel juga bernilai RM2 billion.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung isu Jambatan ke Pulau Labuan yang ditangguhkan berbanding dengan pembinaan Jambatan ke Pulau Bum Bum sejumlah RM430 juta.
"Satu ketika pada peringkat awal dahulu cuma melibatkan RM700 juta. Apabila kita menangguhkan ia telah mencapai kepada RM2 bilion estimate pada ketika ini. Saya rasa ini bukanlah satu jumlah yang besar kerana kita boleh membina SMART Tunnel dengan harga RM2 bilion," kata Abdul Rahim yang berpendapat satu cadangan yang baik.
Tegas Abdul Rahim bahawa membina sesebuah jambatan untuk untuk digunakan dalam jangka masa pendek, tetapi satu penyelesaian jangka panjang terhadap permasalahan di Labuan dan Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...