Powered by Blogger.

SALAH GUNA DADAH, KAKITANGAN HOSPITAL DITAHAN DI LABUAN.

Posted by labuan | 2:53 PM


SEORANG kakitangan awam Hospital Labuan bersama seorang lagi rakannya lelaki warga tempatan ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di Labuan. 

Kedua-dua suspek yang berasal dari Kuala Penyu itu ditangkap secara berasingan di kawasan Stesen Minyak Petronas Durian Tunjung dan di Hospital Labuan kira-kira jam 4 petang pada Selasa.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, kakitangan kerajaan itu juga sebelum ini pernah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Hasil daripada tangkapan itu polis dapati kedua-duanya positif dadah jenis Amphetamine/Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang diemailkan kepada media kelmarin.

Saiman berkata, kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 30 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADK) 1952 kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan denda RM5,000 setiap seorang.

apa yang di maksudkan Amphetamine/Methamphetamine?

Metamfetamin merupakan sejenis dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah yang kuat kepada pengguna dan boleh mengakibatkan ketagihan yang teruk. Nama ringkas bagi metamfetamin ialah meth. Metamfetamin asli berbentuk seperti pepejal kristal, dan tidak berwarna. Metamfetamin dicipta untuk kali pertama oleh ahli kimia Jepun A.Ogata pada tahun 1919 .

Metamfetamin kadangkala diberikan kepada askar untuk menghilangkan perasaan takut dan merasangkan penggunanya agar menjadi lebih ganas dan agresif.

Semasa Perang Dunia II, askar-askar Jerman Wehrmacht dan Tentera Merah Soviet (Soviet Red Army) sering dibekalkan dengan metamfetamin. Adolf Hitler juga dikatakan menyuntik dirinya dengan metamfetamin. Selain itu, juruterbang kamikaze Jepun juga dibekalkan dengan metamfetamin.

Metamfetamin mempunyai pelbagai nama lain seperti glass, ice, crystal, crank, atau speed.

Di Jepun, Malaysia dan Filipina metamfetamin juga dikenali sebagai shabu atau syabu.

Metamfetamin yang dihasilkan dengan campuran anhydrous ammonia dipanggil sebagai Nazi Dope kerana dikatakan pihak Nazi menggunakan kaedah tersebut untuk menghasilkan metamfetamin untuk tenteranya. Ia juga dikenali sebagai annie's dope atau annie sahaja.

Di Thailand pula, metamfetamin dikenali sebagai ya ba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...